klik bebanyak at cneh!!

Thursday, 24 March 2016

Nature Republic Aloe Vera 92% [REVIEW]

Assalamualaikum wbt and hi,

Omaigod sangat-sangat tersangat lama tak update entry. Well actually tak berkesempatan nak update plus busy study, busy konvo, busy mencari kerja. Banyak je benda nak cerita tapi tahap kemalasan yang  tinggi membuatkan tangan Cik Ceri lemah nak menaip and blog walking.  Selalu je singgah blog org tp sayangnya tak meninggalkan jejak, itu yang followers tak naik2 ni.  Hmmmmm. My total no. of followers,  berat mata memandang berat lagi bahu memikul.  Haih..
Okay lupakan. So hari ini Cik Ceri nak cerita pasal one of the product from Korea.  Ye lah, semenjak dua menjak ni, produk-produk dari Korea ni tak kisahlah skincare ke, cosmetic, kitchenware, groceries etc etc mmg meletup2 dekat Malaysia. Sapa yg peminat Goshop Astro 118 tu mmg tau sgt lah kan.  Berbalik produk Korea jer dorg promote.  24 jam Korea. Erk, Tipu je Cik Ceri ni 24 jam.. haha. Tau tak sampai Cik Ceri ni pun dah terjangkit dgn Korean Product especially their skincare & cosmetic.

And skrg Cik Ceri nak cerita one of the korean product brand Nature Republic!! Alaaa yang duta dia kpop group EXO tu...  haaa. Ingat pun.  Brand Nature Republic ni sudah lama dah masuk dalam pasaran Malaysia and produk yang saya nak cerita ni pun dah lama dah. Tp tak kisah, saya nak cerita and review jugak! Tak kira! Hehe.  Memperkenalkan Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel!!! Actually produk ni dah lama dah sy beli and dah lama dh guna.  Tp hari teringin pulak nak review produk-produk korea ni.  Nak share dekat sume org pro cons produk dorg ni ha. So kepada sesiapa yg nk beli bolehlah baca entry saya ni utk guide korg.  Hehe..

Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel. Secara kebetulan, masa yang tepat untuk review NR Aloe Gel ni, kerana fenomena El-Nino telah melanda negara kita Malaysia. Bahang haba panas, aiyooo skrg 8.16pm 30°C. Taip entry sebelah kipas berdiri. Ahaks. El nino boleh membawa kesan yang bahaya kepada kite seperti sunburn, iritasi kulit, suhu badan panas, kulit kering etc etc. So, permasalahan ini boleh diselesaikan dengan NR Aloe Vera 92% Soothing Gel inilah.  Yihaa!!



Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel ini diperbuat daripada Aloe Vera, memang lah kan Aloe Vera, dah nama nye gitu. hehe. Aloe Vera 92% and other ingredients. When i was kid, my mum like to use Aloe Vera to treat a lot of pain especially when I get burn,  she would break off aloe leaf, and take a cool sliming gel inside and rub onto my burnt skin. Amboi nyah, ckp orang puteh pulak kau. haha. And sekarang dengan ada nye NR Aloe Vera Gel ni tak payah dah kau nak cari pokok aloe vera/lidah buaya (Common name in Malaysia ), kau kopak daun dia, kau nak hiris buang kulit and nak asingkan gel dia, adesss, renyah je.  Wahh, this life is so complicated! Just bukak, colek, sapu.  Senang bukan.. heee.  Jom kita lihat apa komposisinya :

Nama produk : Soothing & Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel
Brand : Nature Republic
Product of : Korea
Purpose : Soothing & Moisture, mengurangkan rasa selaran haba akibat cuaca panas, api, kulit sensitif etc.  Dan juga sebagai lembapan penuh utk kulit muka, badan, rambut semua lah. Kesihatan + kecantikan purpose juga.
Isipadu : 300ml / 10.56 fl. oz (Bekas dia bulat mcm tub warna hijau, besar penuh satu tgn nk pegang. (lihat gambar)
Harga pasaran : Malaysian NR Outlet(RM32.90~RM35), Korea (KRW 4400~5000),So klo ada yg murah dr market price tu jaga2 itu mungkin fake produk.
Jaga-jaga ye wahai pembeli,  Nature Republic Aloe Vera ni sudah banyak produk mereka yang ditiru, especially Aloe Vera Gel ni. Yang pasti Nature Republic hanya mengeluarkan 92% Aloe Vera Soothing Gel, bukan 98% ataupun lain. Banyak saya tengok seller lebih-lebih lagi online shop, mereka menjual NR Aloe Vera tiruan, ada yg 98%, sememangnya itu tiruan tapi dh ada sebiji mcm original. Harga murah plak tu RM10- RM20. So kalau berminat nak beli, lebih baik beli dekat Nature Republic outlet and survey dulu online shop yg jujur.
Texture dan warna : Texture dia sangat likat.  Once kita apply dekat kulit, dia akan jadi watery essence. Lepastu dia akan lembap sejuk je, and tak melekit.  (lihat gambar). Warna gel dia saya tak berapa nak sure dia warna light green disebabkan bekas and sememangnya lutsinar, clear water gel.
Bau : Wangi, bau aloe vera.  lembut je bau dia. 
Bukak je penutup dia, akan ada satu lagi penutup ada Nature Republic watermark on it.



Kegunaan produk ni untuk saya ialah sebagai :

Mask - Saya akan sapu NR Aloe Gel di muka sebelum tido,  sebab dia sejuk (mempunyai element cooling effect), nyaman je pakai, tak melekit pulak tu.
Pelembap muka - Sebagai base sebelum make up, sebelum pakai foundation ke primer ke bedak ke saya akan apply dulu aloe gel ni. Baru kulit tu x kering and makeup akan sekata je.
Soothing/face mist - Kalau kulit muka ke tangan ke terasa kering and panas dek bahang haba, just apply and nikmati kesejukan dan kelembapan.  Did you know, yg NATURE REPUBLIC juga ada keluarkan Aloe Vera 92% face mist, spray ke muka as soothing, moisture, toner, makeup finishing.
Eye patch -  Untuk mata sembap dan lingkaran hitam bawah mata, yg ni boleh apply. Sebelum tu simpan mask ni dalam peti sejuk, lepas  dh sejuk, amek tissue pad, letak aloe gel, and letak dkt mata, wahhh sejuknya..
Sunburn/ burnt/skin irritation, itchy : boleh apply,serius ini serius.  Saya kalau panas, dekat pelipat siku tu selalu gatal, dan keluar biji, lrpastu garu merah je.  Then, saya apply Aloe gel ni, mmg berkesan.  Tak gatal and merah dah. 
Untuk rambut yang berminyak, kering pun boleh apply, after shave, razor burnt.  Serbaguna lah aloe gel ni.  Yihaa!!!!

Cons/Keburukan untuk produk ni :

1. Mengandungi Alcohol, parfum because certain people tak tahan dengan sesuatu produk yang mengandungi alcohol dan parfum/fragrance di dalam. Alergic sbb alcohol boleh keringkan kulit. Am i right? tapi produk ni kan utk lembap. So? hmmmm. Kira nya dia x organic sangat lah.

2. Tiada spatula/sudu untuk cedok gel tu. Yelah duk colek- colek gel tu jari tu bersih idok. So, kalau produk ni disertakan dengan spatula, hygiene issues ni tak de lah kan. so makesure nk cedok/calit gel ni masa pakai, pastikan tangan/jari tu bersih atau amek je sudu plastik bersih dekat dapur as spatula nye.

Apa2 details boleh tgok website dia www.naturerepublic.com

Terima kasih kerana sudi membaca first product review by Miss Cherry!!

17 comments:

  1. tumpang tnye, gel ni halal ke tak ye? cop halal takde pd produk, tp mostly org malaysia dh gune. dikatekan ingredient from glycerin (pig's fat) & mngandungi alcohol (sources yg tidak diketahui) sbb ade alkohol boleh gune 👉
    http://www.coklateyes.my/2015/06/hukum-penggunaan-alkohol-dalam-alat.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halal. Nature Republic pun sudah byk outlet dkt Malaysia. 😊 Tq sudi comment.

      Delete
  2. Glycerin xsemestinya pig's fat. Ada dari sumber tumbuhan juga. Kalau fat ni kne tgk kod die ape kalau nk tentukan fat from plants or animal based. Dan alcohol, bukan memabukkan kalau pakai luaran. Alcohol yakni arak haram sbb memabukkan jika diminum.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. rasanya kalau nature republic punya product ok kot sbb mainly plant based plg kuat pun snail or bee venom.. kalau holika holika or tony moly (x igt yg mana) kena double check sbb last time perasan dia punya mask muka ada dr pig collagen ke menda tah tp yg penting pig.. but tu ms kat Korea, xtau lah kalau masuk msia product yg ada pig tu dia dh sekat ke kan.. but ni cuma my humble opinion.. if x yakin xyah pakai... so far pakai gel ni ok lah.. kulit kurang mengelupas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kupu2, its Holika Holika.. Certain korean brand ada juga mask yg mengandungi collagen pig spt Elizavecca.. so mmg saya akan avoid those brands.. sbb was was sikit. ☺️ Tq sudi tinggalkan comment. Maaf reply lambat. X perasan.

      Delete
  5. Kalau yang aloe vera yang kt goshop tu ad 98%.. yang tu fake jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi pandangan saya... Ikut produklah... Kalau produk nature republic tuk Soothing n Moisture Aloe Vera Soothing Gel ni hanya 92% SAHAJA. Xde lebih xde kurng... Maybe kat goshop tu dari brand lain atau fake.. Wallahuallam.. :)

      Delete
    2. Hi Cik Lulu. Nature Republic hanya keluarkan 92% je. Yg lain selain 92% adalah fake. Ini hanya utk brand Nature Republic sajalah. Tapi utk brand lain spt TheFaceShop peratus dia lain pulak. Dkt Goshop tu brand lain xsilap.

      Delete
    3. Tq sudi comment Cik Lulu dan Haneul Kim 😊

      Delete
  6. Saya pon selalu guna Aloevera ni .. mmg the best kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan. Sejuk je. Tapi skrg dh x guna dah. Sbb ada alcohol. Kulit saya kering.. so mmg totally avoid skincare yg ada alcohol.. nak pakai murni2 je. Tq ye sudi comment

      Delete
    2. Untuk kulit kering x sesuai ke Amalina Mina...sy kulit normal-kering burn ingt nk try...setahu sy alcohol x sesuai utk kulit kering

      Delete
  7. Assalamualaikum and hi, sy baru je guna produk ni, but yang saya beli RM15.00. Setakat ni saya guna tak ada effect apa² lagi pada kulit saya.. Aloe vera yang saya beli tu fake ke? Risau pulak saya bila tahu harga yang sebenar dia RM32.90-RM35.00

    ReplyDelete
    Replies
    1. X pastilah pulak.. Awak beli kat mana ye?? De pernah tgok review tmpt tu sblum awak beli x?? Sebb saya beli kat insta @naturerepublicmalaysia rm24 sebb time tu ade promosi... Lepas pakai mmg terasa kelainan dia... Keesokan harinya muka saya x kering langsung.. Kesan jerawat.. Blackheads dn whiteheads pun dah xde.. Alhamdulillah :)

      Delete
  8. Aloe Vera gel by NR ni skrg pun dh murah sbb promosi..klo nak beli better beli dkt outlet atau website like Hermo. Dijamin 100% authentic.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...