klik bebanyak at cneh!!

Sunday, 3 April 2016

My Skincare 2016 (April)

Assalamualaikum & selamat petang!

Hari ni nak story2 sikit pasal Produk Kecantikan Wajah Cik Ceri. Tapi utk sekarang ni Cik Ceri just nak bagitau nama produk je.  Nanti gambar and segala description pasal produk ni akan Cik Ceri update utk next entry yg akan datang maybe My Skincare 2016 Part II.  Heee.

Okay, so lets get started!!

CLEANSER
Untuk cleanser, sy memang pakai cleanser foam sbb mmg suka yg jenis buih2,so,semestinya sejak azali lagi sy memang pakai Garnier Brightening Foam Lemon  yang kuning tu and juga sekarang ni gigih nak try cleanser baru dari Mentholatum Botanic apa entah yg baru tu.....So pakai dua2..heee.. Dulu sy pernah try yang Garnier Sakura White tu. Yelah kan, nak putih pinkish gitu tapi bertahan utk satu tiub je, dah tak repeat beli sebab x best mcm Garnier Lemon. So by now Cik Ceri hanya stick to that Garnier Light Complete Lemon Foam je. Nanti sy cerita apa kesan dia sepanjang penggunaan. Memang ada kesan.

TONER
Okay, tu cerita cleanser.  Ni untuk toner pulak sy pakai Nano White Treatment Toner. Best and lambat gila habis.  Jimat, murah pulak tu.  Berkesan yang paling penting. Kalau ada duit lebih nak try Super Aqua Toner by MISSHA. Tp skrg pakai Nano tu je.

SCRUB
Utk face scrub pulak Cik Ceri guna St. Ives Timeless Skin Apricot face scrub. Serius best.  Must buy and use it. Recommended! X kisah apa nama scrub dia tapi dari brand St. Ives.

MOISTURIZER
Untuk pelembap atau krim siang Cik Ceri guna Garnier Light Complete Lemon tu.  Sama line dgn cleanser.

Untuk pelembap malam sebelum tidur sy guna ZA True White lotion. Kadang-kadang sapu Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel tu.

MASK
Untuk mask sy guna Sheet Mask. Utk sheet mask sekarang Cik Ceri guna  I'm Real Mask by Tony Moly, Cherry Blossom by Missha (baru beliii *excited), juga Nature Republic mask( Recommended utk nak kulit tegang). Utk mask buang Blackheads and Whiteheads, Cik Ceri guna Vietnam Mask yang femes skrg ni. Recommended!

PROTECTION
Utk sunblock Cik Ceri guna Avon punya tapi kdg2 malas nak sapu sbb Cik Ceri guna IOPE Air Cushion yang mmg tersedia dgn SPF... So. dh xyah letak sunblock and sebenarnya Cik Ceri tak suka bau sunblock. X wangi, bau dia mcm vaseline tu. xsuka! So sunblock selalu letak dkt tgn, tp kadang-kadang malas/terlupa nk letak jadi gelap.  Haih.

LIP CARE
Saya guna lipbalm dari MODERE dan juga CARMEX STRAWBERRY. Dua-dua ni ada SPF. So better pakai siang lah sebelum kite calit gincu/lipgloss/lip liquor or whatsoever! Untuk malam, saya pakai lipbalm MENTHOLATUM Waterlip.

Thursday, 24 March 2016

Nature Republic Aloe Vera 92% [REVIEW]

Assalamualaikum wbt and hi,

Omaigod sangat-sangat tersangat lama tak update entry. Well actually tak berkesempatan nak update plus busy study, busy konvo, busy mencari kerja. Banyak je benda nak cerita tapi tahap kemalasan yang  tinggi membuatkan tangan Cik Ceri lemah nak menaip and blog walking.  Selalu je singgah blog org tp sayangnya tak meninggalkan jejak, itu yang followers tak naik2 ni.  Hmmmmm. My total no. of followers,  berat mata memandang berat lagi bahu memikul.  Haih..
Okay lupakan. So hari ini Cik Ceri nak cerita pasal one of the product from Korea.  Ye lah, semenjak dua menjak ni, produk-produk dari Korea ni tak kisahlah skincare ke, cosmetic, kitchenware, groceries etc etc mmg meletup2 dekat Malaysia. Sapa yg peminat Goshop Astro 118 tu mmg tau sgt lah kan.  Berbalik produk Korea jer dorg promote.  24 jam Korea. Erk, Tipu je Cik Ceri ni 24 jam.. haha. Tau tak sampai Cik Ceri ni pun dah terjangkit dgn Korean Product especially their skincare & cosmetic.

And skrg Cik Ceri nak cerita one of the korean product brand Nature Republic!! Alaaa yang duta dia kpop group EXO tu...  haaa. Ingat pun.  Brand Nature Republic ni sudah lama dah masuk dalam pasaran Malaysia and produk yang saya nak cerita ni pun dah lama dah. Tp tak kisah, saya nak cerita and review jugak! Tak kira! Hehe.  Memperkenalkan Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel!!! Actually produk ni dah lama dah sy beli and dah lama dh guna.  Tp hari teringin pulak nak review produk-produk korea ni.  Nak share dekat sume org pro cons produk dorg ni ha. So kepada sesiapa yg nk beli bolehlah baca entry saya ni utk guide korg.  Hehe..

Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel. Secara kebetulan, masa yang tepat untuk review NR Aloe Gel ni, kerana fenomena El-Nino telah melanda negara kita Malaysia. Bahang haba panas, aiyooo skrg 8.16pm 30°C. Taip entry sebelah kipas berdiri. Ahaks. El nino boleh membawa kesan yang bahaya kepada kite seperti sunburn, iritasi kulit, suhu badan panas, kulit kering etc etc. So, permasalahan ini boleh diselesaikan dengan NR Aloe Vera 92% Soothing Gel inilah.  Yihaa!!



Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel ini diperbuat daripada Aloe Vera, memang lah kan Aloe Vera, dah nama nye gitu. hehe. Aloe Vera 92% and other ingredients. When i was kid, my mum like to use Aloe Vera to treat a lot of pain especially when I get burn,  she would break off aloe leaf, and take a cool sliming gel inside and rub onto my burnt skin. Amboi nyah, ckp orang puteh pulak kau. haha. And sekarang dengan ada nye NR Aloe Vera Gel ni tak payah dah kau nak cari pokok aloe vera/lidah buaya (Common name in Malaysia ), kau kopak daun dia, kau nak hiris buang kulit and nak asingkan gel dia, adesss, renyah je.  Wahh, this life is so complicated! Just bukak, colek, sapu.  Senang bukan.. heee.  Jom kita lihat apa komposisinya :

Nama produk : Soothing & Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel
Brand : Nature Republic
Product of : Korea
Purpose : Soothing & Moisture, mengurangkan rasa selaran haba akibat cuaca panas, api, kulit sensitif etc.  Dan juga sebagai lembapan penuh utk kulit muka, badan, rambut semua lah. Kesihatan + kecantikan purpose juga.
Isipadu : 300ml / 10.56 fl. oz (Bekas dia bulat mcm tub warna hijau, besar penuh satu tgn nk pegang. (lihat gambar)
Harga pasaran : Malaysian NR Outlet(RM32.90~RM35), Korea (KRW 4400~5000),So klo ada yg murah dr market price tu jaga2 itu mungkin fake produk.
Jaga-jaga ye wahai pembeli,  Nature Republic Aloe Vera ni sudah banyak produk mereka yang ditiru, especially Aloe Vera Gel ni. Yang pasti Nature Republic hanya mengeluarkan 92% Aloe Vera Soothing Gel, bukan 98% ataupun lain. Banyak saya tengok seller lebih-lebih lagi online shop, mereka menjual NR Aloe Vera tiruan, ada yg 98%, sememangnya itu tiruan tapi dh ada sebiji mcm original. Harga murah plak tu RM10- RM20. So kalau berminat nak beli, lebih baik beli dekat Nature Republic outlet and survey dulu online shop yg jujur.
Texture dan warna : Texture dia sangat likat.  Once kita apply dekat kulit, dia akan jadi watery essence. Lepastu dia akan lembap sejuk je, and tak melekit.  (lihat gambar). Warna gel dia saya tak berapa nak sure dia warna light green disebabkan bekas and sememangnya lutsinar, clear water gel.
Bau : Wangi, bau aloe vera.  lembut je bau dia. 
Bukak je penutup dia, akan ada satu lagi penutup ada Nature Republic watermark on it.



Kegunaan produk ni untuk saya ialah sebagai :

Mask - Saya akan sapu NR Aloe Gel di muka sebelum tido,  sebab dia sejuk (mempunyai element cooling effect), nyaman je pakai, tak melekit pulak tu.
Pelembap muka - Sebagai base sebelum make up, sebelum pakai foundation ke primer ke bedak ke saya akan apply dulu aloe gel ni. Baru kulit tu x kering and makeup akan sekata je.
Soothing/face mist - Kalau kulit muka ke tangan ke terasa kering and panas dek bahang haba, just apply and nikmati kesejukan dan kelembapan.  Did you know, yg NATURE REPUBLIC juga ada keluarkan Aloe Vera 92% face mist, spray ke muka as soothing, moisture, toner, makeup finishing.
Eye patch -  Untuk mata sembap dan lingkaran hitam bawah mata, yg ni boleh apply. Sebelum tu simpan mask ni dalam peti sejuk, lepas  dh sejuk, amek tissue pad, letak aloe gel, and letak dkt mata, wahhh sejuknya..
Sunburn/ burnt/skin irritation, itchy : boleh apply,serius ini serius.  Saya kalau panas, dekat pelipat siku tu selalu gatal, dan keluar biji, lrpastu garu merah je.  Then, saya apply Aloe gel ni, mmg berkesan.  Tak gatal and merah dah. 
Untuk rambut yang berminyak, kering pun boleh apply, after shave, razor burnt.  Serbaguna lah aloe gel ni.  Yihaa!!!!

Cons/Keburukan untuk produk ni :

1. Mengandungi Alcohol, parfum because certain people tak tahan dengan sesuatu produk yang mengandungi alcohol dan parfum/fragrance di dalam. Alergic sbb alcohol boleh keringkan kulit. Am i right? tapi produk ni kan utk lembap. So? hmmmm. Kira nya dia x organic sangat lah.

2. Tiada spatula/sudu untuk cedok gel tu. Yelah duk colek- colek gel tu jari tu bersih idok. So, kalau produk ni disertakan dengan spatula, hygiene issues ni tak de lah kan. so makesure nk cedok/calit gel ni masa pakai, pastikan tangan/jari tu bersih atau amek je sudu plastik bersih dekat dapur as spatula nye.

Apa2 details boleh tgok website dia www.naturerepublic.com

Terima kasih kerana sudi membaca first product review by Miss Cherry!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...